Selasa, 25 Ogos 2015


PENGENALAN


  • British mula campur tangan di Tanah Melayu bermuka 11 Ogos 1786 apabila Francis   Light menduduki Pulau Pinang 
  • 16 Februari 1819 , Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura melalui perjanjian antaraa Tengku Long dan Temenggung Abd Rahman
  • Perjanjian Inggeris- Belanda 1824 membuka jalan British menguasai Tanah Melayu
  • Inggeris berjaya menguasai Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura dan dikenali Negeri- negeri Selat (NNS) pada tahun 1826
  • Selepas perjanjian Pangkor 1874, Inggeris mula campur tangan di negeri-negeri Melayu secara langsung dengan memperkenalkan sistem Residen
  • Wujud 3 unit pentadbiran British di Tanah Melayu iaitu NNS, NNMB dan NNMTB

FAKTOR-FAKTOR CAMPUR TANGAN INGGERIS




a) Faktor ekonomi

  • Berlaku Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke-19 di Eropah (industri mengetin makanan).
  • Tanah Melayu sebagai tempat pengeluaran utama bijih timah. Selangor dan Perak negeri pengeluar    utama.

b) Faktor keadaan anarki


  • Masalah perang saudara antara pembesar.Perang saudara (1867 - 1873) antara
  • Tengku Kudin dan Raja Mahadi di Selangor.
  • Di Perak, berlaku pergaduhan antara kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin.
  • Kegiatan pelanunan.


c) Faktor kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa asing.
  • Kebimbangan British terhadap  kuasa Barat seperti Russia, Perancis, Itali dan Jerman.Mereka bersaing untuk meluaskan jajahan takluk masing-masing.
  • Kuasa-kuasa tersebut boleh menjalinkan hubungan ekonomi dengan negeri-negeri Melayu.

PERJANJIAN INGGERIS - BELANDA


  • Dimeterai pada 17 Mac 1824 di London
  • Faktor yang mendorong kepada perjanjian ini ialah persaingan perdagangan di Timur dan dasar persahabatan Inggeris- Belanda di Eropah 
  • Inggeris berjaya meluaskan pengaruh di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia 
  • Kesan penting kepada Perjanjian Inggeris-Belanda ialah :
         a) Kepulauan Melayu terbahagi kepada 2 pengaruh Inggeris dan Belanda 
         b) Perpecahan empayar Johor-Riau
         c) Persaingan perdagangan antara British dan Belanda bertambah sengit  

CAMPUR TANGAN INGGERIS DI TANAH MELAYU



PERAK

  • Perak negeri Melayu terawal yang menerima kemasukan pengaruh politik British. British mengambil kesempatan daripada:- 
a) Perebutan takhta kerajaan Perak
     -Pertelingkahan antara Raja Yusof, Raja Ismail, dan Raja Abdullah
b) Pergaduhann kongsi gelap Cina 
     -kongsi gelap Ghee Hiu dan Hai San (Perang Larut)

  • Penyelesaian- Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 antara kerajaan British dengan kerajaan  Perak 
  • Sistem residen pertama wujud di Perak 1875 J.W.W Birch dilantik menjadi Residen pertamaa di Perak

SELANGOR 

  •  Masalah kutipan cukai dimuara sungai dan masalah lanun di perairan Selangor 
  •  Jun 1871 , kapal saudagar Cina dirompak oleh pengikut Raja Mahadi. British hantar 2 kapal Pluto dan Rinaldo serang kubu Raja Mahadi 
  • British ambil alih Selangor dan melantik J.G Davidson sebagai residen pertama 

SG. UJONG DAN NEGERI SEMBILAN


  •  Perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk Bandar berkaitan kuasa kutipan cukai bijih timah di Sg. Ujong.
  •  Semua daerah di Negeri Sembilan jatuh ke tangan British dan akhirnya menerima Residen pada tahun 1889 iaitu Martin Lister.


PAHANG

  •  Pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad dengan Wan Mansur ( 1884)
  • Frank Swettenham dihantar ke Pahang untuk selesaikan masalah dan Sultan Ahmad menerima residen pertama Pahang iaitu J.P Rodger pada 8 Oktober 1887.

SISTEM RESIDEN
  •  Bermula di Perak kemudian di Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang 
  •  British berkuasa di NNMB dalam aspek politik dan pentadbiran, ekonomi serta sosial
  • Matlamat Residen 
a) keamanan melalui undang-undang 
b) sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai teratur
c)ekonomi - eksploitasi sumber semulajadi bijih timah  
KESAN-KESAN SISTEM RESIDEN

a) Pembangunan ekonomi negeri
- perusahaan bijih timah, getah, kopi
- kemasukan buruh Cina dan India
- sumber ekonomi dimonopoli oleh oleh British

b) Perubahan politeknik
- Sultan berkuasa pada agama Islam dan adat istiadat
- Perubahan sistem pentadbiran - residen berkuasa

c) Perkembangan sosial
- Infrastruktur jalan keretapi, jalan raya, pusat kesihatan, pos dan sebagainya.