Selasa, 25 Ogos 2015


PENGENALAN


  • British mula campur tangan di Tanah Melayu bermuka 11 Ogos 1786 apabila Francis   Light menduduki Pulau Pinang 
  • 16 Februari 1819 , Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura melalui perjanjian antaraa Tengku Long dan Temenggung Abd Rahman
  • Perjanjian Inggeris- Belanda 1824 membuka jalan British menguasai Tanah Melayu
  • Inggeris berjaya menguasai Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura dan dikenali Negeri- negeri Selat (NNS) pada tahun 1826
  • Selepas perjanjian Pangkor 1874, Inggeris mula campur tangan di negeri-negeri Melayu secara langsung dengan memperkenalkan sistem Residen
  • Wujud 3 unit pentadbiran British di Tanah Melayu iaitu NNS, NNMB dan NNMTB

FAKTOR-FAKTOR CAMPUR TANGAN INGGERIS




a) Faktor ekonomi

  • Berlaku Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke-19 di Eropah (industri mengetin makanan).
  • Tanah Melayu sebagai tempat pengeluaran utama bijih timah. Selangor dan Perak negeri pengeluar    utama.

b) Faktor keadaan anarki


  • Masalah perang saudara antara pembesar.Perang saudara (1867 - 1873) antara
  • Tengku Kudin dan Raja Mahadi di Selangor.
  • Di Perak, berlaku pergaduhan antara kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin.
  • Kegiatan pelanunan.


c) Faktor kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa asing.
  • Kebimbangan British terhadap  kuasa Barat seperti Russia, Perancis, Itali dan Jerman.Mereka bersaing untuk meluaskan jajahan takluk masing-masing.
  • Kuasa-kuasa tersebut boleh menjalinkan hubungan ekonomi dengan negeri-negeri Melayu.

PERJANJIAN INGGERIS - BELANDA


  • Dimeterai pada 17 Mac 1824 di London
  • Faktor yang mendorong kepada perjanjian ini ialah persaingan perdagangan di Timur dan dasar persahabatan Inggeris- Belanda di Eropah 
  • Inggeris berjaya meluaskan pengaruh di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia 
  • Kesan penting kepada Perjanjian Inggeris-Belanda ialah :
         a) Kepulauan Melayu terbahagi kepada 2 pengaruh Inggeris dan Belanda 
         b) Perpecahan empayar Johor-Riau
         c) Persaingan perdagangan antara British dan Belanda bertambah sengit  

CAMPUR TANGAN INGGERIS DI TANAH MELAYU



PERAK

  • Perak negeri Melayu terawal yang menerima kemasukan pengaruh politik British. British mengambil kesempatan daripada:- 
a) Perebutan takhta kerajaan Perak
     -Pertelingkahan antara Raja Yusof, Raja Ismail, dan Raja Abdullah
b) Pergaduhann kongsi gelap Cina 
     -kongsi gelap Ghee Hiu dan Hai San (Perang Larut)

  • Penyelesaian- Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 antara kerajaan British dengan kerajaan  Perak 
  • Sistem residen pertama wujud di Perak 1875 J.W.W Birch dilantik menjadi Residen pertamaa di Perak

SELANGOR 

  •  Masalah kutipan cukai dimuara sungai dan masalah lanun di perairan Selangor 
  •  Jun 1871 , kapal saudagar Cina dirompak oleh pengikut Raja Mahadi. British hantar 2 kapal Pluto dan Rinaldo serang kubu Raja Mahadi 
  • British ambil alih Selangor dan melantik J.G Davidson sebagai residen pertama 

SG. UJONG DAN NEGERI SEMBILAN


  •  Perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk Bandar berkaitan kuasa kutipan cukai bijih timah di Sg. Ujong.
  •  Semua daerah di Negeri Sembilan jatuh ke tangan British dan akhirnya menerima Residen pada tahun 1889 iaitu Martin Lister.


PAHANG

  •  Pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad dengan Wan Mansur ( 1884)
  • Frank Swettenham dihantar ke Pahang untuk selesaikan masalah dan Sultan Ahmad menerima residen pertama Pahang iaitu J.P Rodger pada 8 Oktober 1887.

SISTEM RESIDEN
  •  Bermula di Perak kemudian di Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang 
  •  British berkuasa di NNMB dalam aspek politik dan pentadbiran, ekonomi serta sosial
  • Matlamat Residen 
a) keamanan melalui undang-undang 
b) sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai teratur
c)ekonomi - eksploitasi sumber semulajadi bijih timah  
KESAN-KESAN SISTEM RESIDEN

a) Pembangunan ekonomi negeri
- perusahaan bijih timah, getah, kopi
- kemasukan buruh Cina dan India
- sumber ekonomi dimonopoli oleh oleh British

b) Perubahan politeknik
- Sultan berkuasa pada agama Islam dan adat istiadat
- Perubahan sistem pentadbiran - residen berkuasa

c) Perkembangan sosial
- Infrastruktur jalan keretapi, jalan raya, pusat kesihatan, pos dan sebagainya.


Negeri-Negeri Selat (NNS)
  •  Ditubuhkan pada 1826.
  •  Melibatkan negeri Pulau Pinang,Melaka dan Singapura.
  •  Diketuai oleh Gabenor - Robert Fullerton (pertama).



NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB)
  • 1895, melalui Perjanjian Persekutuan - British tubuhkan NNMB iaitu 4 negeri, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.1 Julai 1896, penubuhan NNMB telah berkuatkuasa secara rasmi.
  • Diketuai oleh Residen Jeneral. Residen Jeneral pertama Frank Swettenham.
   


FAKTOR PENUBUHAN NNMB
  • Masalah kewangan di Pahang
  •  Kelemahan sistem residen
  •  Mengurangkan belanja untuk pentadbiran


KESAN PENUBUHAN NNMB
  • British tubuhkan beberapa jabatan -jabatan kerja raya. Kemerosotan kuasa raja dan pembesar.
  • Kuasa beralih kepada Residen Jeneral
  • Sistem pentadbiran tersusun - Majlis Mesyuarat Persekutuan

  • Timbul rasa tidak puasa hati di kalangan raja.

  • Ditubuhkan pada 1909 melalui perjanjian Bangkok
  • Negeri terbabit ialah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu 
  •  Johor juga termasuk dalam NNMTB
  • Pada tahun 1914, Johor menerima seorang Penasihat British






PENGAGIHAN KUASA PUSAT (DISENTRALISASI 1920-1941)

  • Pengagihan kuasa pusat (disentralisasi) di perkenalkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu 
  • Faktor- faktor disentralisasi diperkenalkan oleh British :-
a) Sultan di NNMB tidak berpuas hati dengan pemusatan kuasa pentadbiran ditangan Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909 tidak berpihak kepada sultan 
b) Menyatukan negeri-negeri Melayu (NNMB, NNMTB, NNS)
c) Mengurangkan perbelanjaan pentadbiran
d) Disentralisasi merupakan strategi British menguasai ekonomi di Tanah Melayu  




REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN BRITISH



PENENTANGAN DI NANING (1831-1832)
  • Naning merupakan sebahagian daripada Melaka. Gabenor Fullerton menyatakan Naning perlu bayar 1/10 daripada hasil ekonomi kepada British 
  • Cadangan British ditentang oleh Dol Said (Penghulu Naning). Perang Naning tercetus pada bulan Julai 1831
  • Naning diisytiharkan sebagai sebahagian wilayah Melaka.
  • Februari 1834 Dol Said menyerah diri

PENENTANGAN DI SELANGOR 
  • Perang Kelang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.
  • 1868,sultan Selangor lantik Tengku Kudin (Wizurai Selangor) dan bantu Raja Ismail merampas Kelang.British campur tangan dan beri sokongan menentang Raja Mahadi.Walaupun hanya perang saudara tetapi campur tangan British telah mendapat tentangan penduduk tempatan
PENENTANGAN DI PERAK
  • Sebab penentangan British di Perak
a) British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh sultan dan Pembesar Melayu
b) paksa sultan tanda tangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan British 1875
c) pembaharuan oleh J.W.W Birch :
  - Hapus sistem perhambaan
  - beri perlindungan kepada hamba
  - campur tangan dalam adat resam orang melayu
d)sikap peribadi Birch
  - buat pembaharuan secara tergesa-gesa
 - tidak boleh berbahasa melayu

  • Dato Maharajalela, Dato Sagor Dan Pak Endut dan Seputum menentang British dan membunuh Birch pada Nov 1875 di Pasir Salak
  • Mereka dihukum di Matang 1879. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles 
PENENTANGAN DI PAHANG 
  • Penentangan bermula apabila British lantik J.P Rodger sebagai Residen Pahang 1888. Beliau telah memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret serta memperkenalkan sistem lesen dan permit (pungut hasil hutan), cukai tanah dan sistem kerah.
  • Pembesar Melayu Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melancarkan pemberontakan pada Dis 1891 dan serang balai Polis Lubuk Terua dan Kuala Tembeling.
  • Pemberontakan berakhir pada tahun 1895.Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam.
PENENTANGAN DI KELANTAN
  • Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan diserahkan kepada Brirish dan James Scott Mason - penasihat British Julai 1909
  • Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut) 
  • Punca penentangan: 
a) ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram 
b) Sistem Tanah Baru 1915
c) Pengenalan cukai hasil pertanian
d) Sikap pegawai British
  • Sikap Pegawai Daerah iaitu Che Abdul Latif menimbulkan kemarahan orang ramai.Tercetus pemberotakan diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Puteh 29 April 1915.Pemberontakan tamat pada 24 Mei 1915.
PENENTANGAN DI TERENGGANU 

  • Pemberontakan di Terengganu yang diketuai oleh Haji Abdul Rahman Haji Abdul Hamid (Haji Abdul Rahman Limbong) dikenali sebagai pemberontakan Tani pada 1928
  • Faktor pemberontakan Tani:
a) pungutan cukai tanah, hasil tanah dan cukai kepala
b) perkenalkan sistem pendidikan barat
c) perkenalkan pas kebenaran untuk membuka tanah, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan .

  • Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 serang balai Polis dan pejabat daerah di Kuala Berang.
  • Pemberontakan dapat ditumpaskan. Abdul Rahman Limbong dibuang ke Mekah.
PENENTANGAN DI SARAWAK 

  • Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh dinasti Brooke.
  • Beberapa pemberontakan berlaku: 
a) Rentap 
  • 1853, Brooke hapuskan amalan memburu kepala manusia yang menjadi amalan tradisi orang peribumi Sarawak. Melalui Rentap mereka menyerang Kubu Brooke di Sungai Skrang dan bunuh pegawai Brooke iaitu Alan Lee. 
  • 1861 , Brooke lancar serangan secara besaran Kubu Rentap di Bukit Sadok  
b) Banting
  • ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca tentangan akibat tindakan Brooke kuasai kawasan Banting dan hapus adat dan amalan tradisi tempatan
  • 1908, Brooke berjaya tewaskan Banting
c) Sharif Masahor
  • penentangan berpunca daripada tindakan James Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan kuasai kawasan Sungai Rejang
  • Beliau merupakan Gabenor Sarikei di sungai Rejang dilantik oleh sultan Brunei
d) Asun 
  • semasa pemerintahan Vyner Brooke 1920, orang Dayak menentang pembayaran cukai dan memberontak di sungai Kanowit diketuai oleh Penghulu Asun
  • 1932, Asun menyerah diri dan di buang negeri ke Lundu
PENENTANGAN DI SABAH 
  • Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British 
  • Dua pemberontakan tercetus iaitu : 
a) Pemberontakan Mat Saleh

  • Mat Saleh berketurunan Bajau dan Suluk. Berpunca akibat pengenaan cukai, pembangunan secara besar-besaran dan sekatan terhadap pembesar tempatan.
  • Siri penentangan tercetus di Sungai Sugut (1894) , serang perlabuhan Syarikat di Pulau Gaya (1897). Akhirnya Mat Saleh terbunuh pada tahun 1900.
b) Kebangkitan Rundum
  • diketuai oleh Antanu pada1915
  • faktor pemberontakan
  • cukai keatas beras dan ubi kayu, ordinan hutan dan kerah rakyat                 membina jalan-jalan kecil di hutan

  • Feb 1915, serang pejabat kerajaan di Pensiangan. Gagal dan Antanu di tawan dan dihukum  bunuh.



KESIMPULANNYA...



  • Secara keseluruhan, perluasan dasar imperialisme dan kolonialisme telah dimulakan oleh Portugis , kemudian diikuti Belanda, Inggeris dan Jepun
  • Banyak perubahan yang berlaku di Tanah Melayu termasuk Sabah dan Sarawak dari segi politik, ekonomi dan sosial.
  • Kemasukan penjajah juga telah menimbulkan reaksi di kalangan rakyat tempatan untuk menentang penjajah. 
  • Segala pembaharuan yang dilakukan oleh British telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan penduduk tempaan.
  • Oleh yang demikian, ini menimbulkan satu kesedaran dan semangat nasionalisme dikalangan rakyat unuk membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman kuasa asing.
  • Walau bagaimanapun, penentangan yang dilakukan oleh penduduk tempatan tidak dapat menandingi kekuatan pihak British.Tetapi rakyat tempatan tidak berpuus asa untuk menghalau British dengan pelbagai usaha khususnya dalam meningkatkan kesedaran dan semangat nasionalisme dikalangan penduduk Tanah Melayu sehinggalah akhirnya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
  • Kemasukan orang Cina dan India telah memberikan kesan terhadap kehidupan sosioekonomi di Tanah Melayu.
  • Orang Cina dan India yang datang untuk memperbaiki kehidupan mereka telah tinggal secara tetap di Tanah Melayu.Tidak dapat dinafikan, bahawa orang Cina dan India telah memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat majmuk.
  • Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu telah menyebabkan berlakunya campur tangan dalam hal ehwal dan pentadbiran negeri-negeri tersebut.Dengan berlakunya campur tangan Inggeris, telah banyak menimbulkan ketidakpuasan hati orang Melayu erhadap struktur pentadbiran dan pelaksanaan hal ehwal di Tanah Melayu untuk menentang Inggeris daripada terus berleluasa dan mengukuhkan kuasanya.
  • Wlaupun British tidak menguasai seluruh negeri di Malaysia, namun pengaruh terhadap corak pentadbiran British dinegeri- negeri selat, telah menyerap masuk ke negeri-negeri lain yang tidak dijajah sama ada secara paksaan ataupun ianya ditiru oleh sultan bagi memantapkan sistem pentadbiran di negeri mereka.  





RUJUKAN

  • http://www.slideshare.net/Ariff03/bab-2-zmn-penjajahan-bac
  • https://www.google.com/search?q=PENJAJAHAN+INGGERIS&espv=2&biw=1280&bih=699&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0CAYQ_AUoAWoVChMI7K2Wz4KNyAIVhi2mCh1IxAI7
  • https://www.youtube.com/watch?v=Ez9tUFot-94