Selasa, 25 Ogos 2015

REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN BRITISH



PENENTANGAN DI NANING (1831-1832)
  • Naning merupakan sebahagian daripada Melaka. Gabenor Fullerton menyatakan Naning perlu bayar 1/10 daripada hasil ekonomi kepada British 
  • Cadangan British ditentang oleh Dol Said (Penghulu Naning). Perang Naning tercetus pada bulan Julai 1831
  • Naning diisytiharkan sebagai sebahagian wilayah Melaka.
  • Februari 1834 Dol Said menyerah diri

PENENTANGAN DI SELANGOR 
  • Perang Kelang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.
  • 1868,sultan Selangor lantik Tengku Kudin (Wizurai Selangor) dan bantu Raja Ismail merampas Kelang.British campur tangan dan beri sokongan menentang Raja Mahadi.Walaupun hanya perang saudara tetapi campur tangan British telah mendapat tentangan penduduk tempatan
PENENTANGAN DI PERAK
  • Sebab penentangan British di Perak
a) British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh sultan dan Pembesar Melayu
b) paksa sultan tanda tangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan British 1875
c) pembaharuan oleh J.W.W Birch :
  - Hapus sistem perhambaan
  - beri perlindungan kepada hamba
  - campur tangan dalam adat resam orang melayu
d)sikap peribadi Birch
  - buat pembaharuan secara tergesa-gesa
 - tidak boleh berbahasa melayu

  • Dato Maharajalela, Dato Sagor Dan Pak Endut dan Seputum menentang British dan membunuh Birch pada Nov 1875 di Pasir Salak
  • Mereka dihukum di Matang 1879. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles 
PENENTANGAN DI PAHANG 
  • Penentangan bermula apabila British lantik J.P Rodger sebagai Residen Pahang 1888. Beliau telah memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret serta memperkenalkan sistem lesen dan permit (pungut hasil hutan), cukai tanah dan sistem kerah.
  • Pembesar Melayu Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melancarkan pemberontakan pada Dis 1891 dan serang balai Polis Lubuk Terua dan Kuala Tembeling.
  • Pemberontakan berakhir pada tahun 1895.Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam.
PENENTANGAN DI KELANTAN
  • Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan diserahkan kepada Brirish dan James Scott Mason - penasihat British Julai 1909
  • Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut) 
  • Punca penentangan: 
a) ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram 
b) Sistem Tanah Baru 1915
c) Pengenalan cukai hasil pertanian
d) Sikap pegawai British
  • Sikap Pegawai Daerah iaitu Che Abdul Latif menimbulkan kemarahan orang ramai.Tercetus pemberotakan diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Puteh 29 April 1915.Pemberontakan tamat pada 24 Mei 1915.
PENENTANGAN DI TERENGGANU 

  • Pemberontakan di Terengganu yang diketuai oleh Haji Abdul Rahman Haji Abdul Hamid (Haji Abdul Rahman Limbong) dikenali sebagai pemberontakan Tani pada 1928
  • Faktor pemberontakan Tani:
a) pungutan cukai tanah, hasil tanah dan cukai kepala
b) perkenalkan sistem pendidikan barat
c) perkenalkan pas kebenaran untuk membuka tanah, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan .

  • Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 serang balai Polis dan pejabat daerah di Kuala Berang.
  • Pemberontakan dapat ditumpaskan. Abdul Rahman Limbong dibuang ke Mekah.
PENENTANGAN DI SARAWAK 

  • Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh dinasti Brooke.
  • Beberapa pemberontakan berlaku: 
a) Rentap 
  • 1853, Brooke hapuskan amalan memburu kepala manusia yang menjadi amalan tradisi orang peribumi Sarawak. Melalui Rentap mereka menyerang Kubu Brooke di Sungai Skrang dan bunuh pegawai Brooke iaitu Alan Lee. 
  • 1861 , Brooke lancar serangan secara besaran Kubu Rentap di Bukit Sadok  
b) Banting
  • ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca tentangan akibat tindakan Brooke kuasai kawasan Banting dan hapus adat dan amalan tradisi tempatan
  • 1908, Brooke berjaya tewaskan Banting
c) Sharif Masahor
  • penentangan berpunca daripada tindakan James Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan kuasai kawasan Sungai Rejang
  • Beliau merupakan Gabenor Sarikei di sungai Rejang dilantik oleh sultan Brunei
d) Asun 
  • semasa pemerintahan Vyner Brooke 1920, orang Dayak menentang pembayaran cukai dan memberontak di sungai Kanowit diketuai oleh Penghulu Asun
  • 1932, Asun menyerah diri dan di buang negeri ke Lundu
PENENTANGAN DI SABAH 
  • Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British 
  • Dua pemberontakan tercetus iaitu : 
a) Pemberontakan Mat Saleh

  • Mat Saleh berketurunan Bajau dan Suluk. Berpunca akibat pengenaan cukai, pembangunan secara besar-besaran dan sekatan terhadap pembesar tempatan.
  • Siri penentangan tercetus di Sungai Sugut (1894) , serang perlabuhan Syarikat di Pulau Gaya (1897). Akhirnya Mat Saleh terbunuh pada tahun 1900.
b) Kebangkitan Rundum
  • diketuai oleh Antanu pada1915
  • faktor pemberontakan
  • cukai keatas beras dan ubi kayu, ordinan hutan dan kerah rakyat                 membina jalan-jalan kecil di hutan

  • Feb 1915, serang pejabat kerajaan di Pensiangan. Gagal dan Antanu di tawan dan dihukum  bunuh.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan